Rush Hour 3
Rush Hour 3

Rush Hour 3

Rush Hour 3 adalah siri ketiga dalam siri filem aksi/seni mempertahankan diri Rush Hour, dibintangi pelakon utama iaitu Jackie Chan dan Chris Tucker. Pembikinan filem tersebut mula diumumkan pada 7 Mei 2006 dan kerja pembikinan dimulakan pada 4 Julai 2006. Filem tersebut mengambil tempat di bandar raya Los Angeles, Bandar raya New York dan Paris. Di Malaysia, tayangan Rush Hour 3 bermula pada 9 Ogos 2007.Seorang pengarah filem yang pernah memenangi anugerah Academy Award, Roman Polanski, turut membintangi filem tersebut sebagai seorang pegawai polis Perancis yang sering terlibat dalam kes Lee (lakonan Chan) dan Carter (lakonan Tucker). Tzi Ma turut berlakon sebagai Konsul Han, bos serta sahabat Lee semasa filem pertama Rush Hour.